~ BOUGAINVILLEA itu aku...~
Bougainvillea itu bunga kertas, bunga kertas itu bougainvillea, walau tak secantik mawar atau seharum kenanga,ia tetap istimewa
Tuesday, November 03, 2009
Saya sedang bertukang dan berkemas
Tuesday, August 14, 2007
Solat Tiang Agama III
Aduh, apa aku nak buat ni?
Sunday, June 24, 2007
Dan akhirnya...
TERIMA KASIH TUHAN,
dan
TERIMA KASIH SEMUA yang telah mendoakan kejayaan aku....
Tuesday, June 12, 2007
Friday, June 08, 2007
Balang Mayonis dan 2 Cawan Kopi
Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."
Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."
Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.
"Sekarang... " profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda... Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."
"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebena rnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada basa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan. .." ! ;
credit to: Kak Nit...
Klik di sini untuk sumber asal
Sunday, April 29, 2007
Dilemma
Kelebihan:
2 minggu je
still boleh join Pre-Employment walau pun terlewat seminggu.
Dapat sijil penyertaan
Kelemahan:
9.00-9.00 setiap hari (kecuali 1 dan 2 MEI) daripada 30 April hingga 12 April
exam berbayar: kalau sebelum 25 Mei RM 195 satu kertas(darab 3=RM585)
selepas 25 Mei, RM 300 satu kertas.(darab 3= RM 900)
2) Pre-employment Programme
Kelebihan:
5 minggu
pergh...mmg boleh mantap English aku kalau join program ni
penginapan percuma di kolej dalam kampus
makan minum free
tiada yuran dikenakan
dapat elaun lagi:RM 300
komputer riba dibekalkan(baca:bagi pinjam je) sepanjang program
boleh belajar English, grooming dan IT
Kelemahan:
kelas dari pagi sampai malam. sabtu pun half-day...huhu lagi teruk dr orang kije ni
huhu...kalau join yang ni maknanya tak dapat join another program
3) Industry-Based Certification Programme
Kelebihan:
FOC termasuk exam sekali(erk kalo fail exam? repeat free ke?)
skedul lebih tersusun
tak perlu rush sangat berbanding job -camp
Kelemahan:
29 hari
makan minum, tempat tinggal ditanggung sendiri
tak dapat join Pre-Employment dah sebab waktu bertindih
waa... 29 hari dok sorang-sorang kat rumah tu.... tak berani la aku...
mana satu ni nak pilih
berminat untuk Industry-Based Certification Programme tapi bila fikir kelemahannya, terutamanya terpaksa tinggal bersendirian di rumah sewa ku, tak berani juga.
Hmmm...pilihan yang pelbagai juga satu masalah. sempat lagi fikir.
Sunday, April 22, 2007
Episod: Modelling yang mengharukan
Dari PL Lanjutan ke Modelling, 2 paper sudah berlalu, entah mahu ditangisi atau mahu diratapi kerana kedua-duanya memang tidak seperti yang diharap-harapkan. Modelling Maths memang jauh dari jangkaan. yang pentingnya aku sudah cuba yang terbaik.
"Kamu dah cuba yang terbaik, apa-apa yang berlaku lepas ni itu FATE! yang penting, masuk dewan nanti langkah kaki kanan, doalah apa-apa doa yang kamu tahu, biar kamu tak keliru nak jawab. Sepatutnya kamu dah bagitau mak ayah awal-awal lagi mintak diorang tolong doakan," itu kata-kata terakhir pensyarah kami Puan Mariam sebelum beberapa jam menghadapi exam modelling. Aduhai, kami telah mencuba yang terbaik, malah untuk paper ini kami memang mengatur beberapa kelas tambahan bersama Pn Mariam, kami cuba soalan-soalan lalu. Saling membantu sesama sendiri, tapi hasilnya...semua geleng kepala waktu keluar dari dewan. Aku, Noza, Kelly dan Hariri paling akhir melangkah keluar dari dewan. Kami betul-betul terkejut dengan soalan yang jauh lagi susah dari 'past year question' yang kami pulun beberapa hari lalu. FATEkah ini!!! Pasrahkah kami. Lama-lama ku perhalusi, baru kesedari kata-kata puan Mariam tadi rupa-rupanya punyai maksud tersirat disebaliknya. Aku hampir-hampir menitiskan air mata dek soalan-soalan yang tak terjangka. Dan sewaktu sampai ke bilik Noza, air mata ku menitik jua. Biarlah, sekurang-nya itu membuatkan aku lega.
Kata Puan, "If u get D, then u're already pass this paper". Puan, kami tak mahu D, kami mahu yang lebih baik dari itu. Hanya kamikah yang risaukan paper itu.Yang lain bagaimana? tenang sahajakah? Redha sahajakah?Audrey, Chu Lin, Ayu, Kak Su, Rossie, Fahmi dan Fahmi kalian bagaimana? Berpuas hatikah atau kalian juga seperti kami?
Biarkan dulu dengan modelling, esok aku ada Teori Graf. Dan aku mengharapkan berlakunya suatu keajaiban. Aku mengharapkan A, solid A bukan sekadar A-. Mampukah aku! Aida, Ji, masa masih ada, kita masih sempat pulun sebelum jam 8.30 pagi esok. Usah fikirkan paper yang telah kita tempuhi mahupun yang belum kita tempuhi. Esok penting buat aku! Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusanku dan janganlah Engkau sukarkannya. Amin!



